PAKEJ SWITZERLAND BERSAMA RAYHAR

Bern

Kita meneroka bandar tercantik iaitu Bern, ibu negara Switzerland. Pasti terpana melihat seni bina bandar ini berkonsepkan zaman abad pertengahan seperti di filem-filem barat. Old Town Bern telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1480. Terkenal dengan muzium, galeri seni, bangunan klasik bersejarah, menara jam yang berusia berabad-abad, panorama indah ini seakan kita berada di abad ke 16. Bern bukan sahaja salah satu bandar tercantik di dunia, ia juga merupakan salah satu bandar terpelihara terbaik. Amatlah rugi jika tidak datang ke Bern alang-alang datang ke Switzerland.

Lucerne

Sebuah bandar yang mempunyai bangunan serta binaan yang menarik termasuk jambatan kayu yang tertua di dunia, The Chapel Bridge yang cukup ikonik dibina pada abad ke-14. Ianya merupakan salah satu mercu tanda di Switzerland. Bagi pengemar jam tangan Swiss, di sini terdapat butik-butik yang menjual jam tangan berjenama Rolex, Chopard, Omega, Tag Heuer dan sebagainya. Selain itu juga boleh membuat pilihan untuk menaiki cruise mengelilingi Tasik Lucerne.

Zermatt

Terletak 1,608 meter dari aras laut adalah salah satu daripada car-free village dan antara tempat pelancongan utama di Switzerland. Kereta awam tidak dibenarkan masuk ke sini. Yang ada hanya kereta kuda serta kereta yang menggunakan kuasa bateri atau kenderaan elektrik sahaja. Oleh kerana itu dari Terminal Tasch, kita akan menaiki keretapi yang merentasi pergunungan yang indah untuk ke Zermatt. Jelas dapat dilihat 29 gunung lain di sekelilingnya termasuk Gunung Matterhorn yang sangat terkenal dan paling tinggi di situ iaitu setinggi 4,478 meter dari paras laut. Puncak Matterhorn itu lah yang menghiasi pembalut coklat Toblerone.

Iseltwald

Adalah sebuah kampung tipikal di Switzerland kerana suasana nya yang tenang seolah-olah tiada berpenghuni. Iseltwald menjadi perhatian pelancong serata dunia kerana menjadi salah satu lokasi drama Korea, Crash Landing On You.

Interlaken

Merupakan salah satu resort yang paling terkenal dan popular di Switzerland. Ia terletak di antara dua Alpine Lakes, Lake Thun di sebelah barat manakala Lake Brienz di sebelah timur. Kita akan menginap selama dua malam di Interlaken untuk menerokai keindahan landskapnya yang menakjubkan dan permandangan pergunungan yang damai.

Lauterbrunnen

Dikatakan berusia lebih 800 tahun bermaksud "banyak mata air" kerana terdapat 72 air terjun yang boleh kita temui di sini termasuk Air Terjun Staubbach yang hampir 300 meter tingginya. Filem The Hobbit dan The Lord of The Rings juga diinspirasi dari tempat ini. Jom bergambar sambil duduk santai minum Hot Chocolate berlatarbelakangkan air terjun.

Rhine Falls

Air terjun yang sangat menarik ini, merentangi Sungai Rhein merupakan air terjun terbesar dan terpenting di Benua Eropah. Ianya 150 meter lebar dan 23 meter tinggi dan merupakan salah satu sumber penjanaan elektrik terbesar bagi kota Zurich. Rheinfall berusia lebih 15,000 tahun dan satu ketika dulu ia pernah menjadi tumpuan pedagang sebagai pelabuhan masuk ke Eropah Tengah.

Tasik Blausee

Terkenal dengan airnya yang jernih berwarna turquoise hasil dari pancaran matahari dan pantulan cahaya. Kedalaman tasik ini sekitar 10 meter namun kita masih boleh lihat batu besar, kayu di dasar tasik serta ikan Trout berenang-renang kerana kejernihan air nya. Di tasik ini juga kita berpeluang menaiki bot dan akan ada guide yang akan pandu dan bercerita mengenai Tasik Blausee. Ia memang seperti lukisan.

Zürich

Bandar yang merupakan pusat perdagangan, kewangan dan kebuHariaan ini adalah sebuah bandar terbesar di Switzerland. Hampir 50 buah muzium dan 100 galeri seni didirikan disini. Pada tahun 2006 dan 2007, bandar ini telah dinobatkan sebagai bandar yang memiliki kualiti hidup terbaik di dunia. Bagi yang ingin membeli bag, pakaian dan barang barang berjenana, di sini lah tempatnya. Seperti di Lucerne, di sini juga boleh membuat pilihan untuk menaiki cruise di Tasik Zurich yang terkenal dengan keindahannya.

Tarikh

Tarikh Tempoh Musim Penerbangan Harga
SWITZERLAND + ITALY
24 Jan 2026 - 02 Feb 2026
10 HARI 7 MALAM Musim Sejuk Dari RM9280
SWITZERLAND + ITALY
25 Mac 2026 - 03 Apr 2026
10 HARI 7 MALAM Musim Bunga Dari RM9380
SWITZERLAND + ITALY
14 Apr 2026 - 23 Apr 2026
10 HARI 7 MALAM Musim Bunga Dari RM9380
SWITZERLAND + ITALY
12 Mei 2026 - 21 Mei 2026
10 HARI 7 MALAM Musim Bunga Dari RM9380
SWITZERLAND + ITALY
12 Sep 2026 - 21 Sep 2026
10 HARI 7 MALAM Musim Luruh Dari RM9680
SWITZERLAND + ITALY
11 Okt 2026 - 20 Okt 2026
10 HARI 7 MALAM Musim Luruh Dari RM9380

Jadual Perjalanan

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan antarabangsa
  • Penginapan 6 malam di hotel beserta sarapan pagi
  • 6 kali makan malam ‘freshly cooked’ setiap hari
  • Kenderaan yang selesa sepanjang lawatan
  • Bayaran masuk ke lokasi yang dinyatakan dalam jadual
  • Bayaran tipping
  • Pemandu pelancong Melayu Muslim
  • Air Mineral 500ml semasa lawatan
  • Barangan komplimentari dari Rayhar Travels

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Insurans perjalanan
  • Kos perbelanjaan/ beli-belah
  • Makan tengahari
  • Bayaran bagasi lebih had
  • Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, minibar dan lain-lain
  • Bayaran masuk (ENTRANCE FEE) ke tempat berikut:
  • Mount Titlis + Murren Apline Village + Panoramic Train Matterhorn CHF 220.00
    (Pelepasan Musim Sejuk)
    Titlis + Kandersteg + Panoramic Train Matterhorn CHF 250.00
    (Pelepasan Musim Bunga & Luruh)

Galeri

MT.MATTERHORN
ZERMATT
ISELTWALD
TRAIN TO MT.MATTERHORN
MT.TITLIS
ZERMATT
RHINE FALLS
LAUTERBRUNNEN
ZURICH
LAKE BLAUSEE
LUCERNE CITY
ISELTWALD
OESCHINENSEE
LAKE BLAUSEE
CHILLON CASTLE
ICE FLYER TITLIS
LAUTERBRUNNEN
CLIFF WALK TITLIS
MONTREUX
PANORAMIC TRAIN TO MATTERHORN
ZURICH CITY

Testimoni

PRA PENDAFTARAN

Lengkapkan maklumat anda

Hubungi Kami Melalui Whatsapp